JK1M9 Seremban Family Day Outing

Semalam family Jom Kurus JK1M9 Seremban, pimpinan Mohd Shah Fazreen dan Dr Syuk, telah menganjurkan family gathering di D’qnut Chaley Melaka bersama peserta-peserta dari JK1M9.

Memang seronok dapat mengeratkan silaturahhim bersama dengan permainan-permainan pantai ala sukan rakyat. Kalah menang tu lain cerita tapi kemenangan besar adalah ukhwah dan kegembiraan yang lahir dari aktiviti yang sangat positif bersama.

Terima kasih sekali lagi atas undangan dan layanan yang begitu mesra kepada Mikaela (anak perempuan Kevin Zahri) yang sungguh gembira dan teruja dapat hadiah dan medal.

Tahniah kepada semua yang menjayakan sessi itu dan insyallah kita akan berjumpa semula nanti di JK1M10 pada 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *