Haii, Saya Syira, berumur 24 tahun, menetap di Kota Bharu. Istilah gemuk dan Syira berpisah tiada. Memang dari kecil Syira mempunyai badan yang besar. Di sekolah rendah Syira menjadi orang yang paling besar , diteruskan lagi tradisi ini sehingga sekolah menengah, pun menjadi insan yg paling besar ????.
Diejak di sekolah benda biasa jer bagi Syira, sebab dah terbiasa, maklumlah dari kecik lagi kan.
For me takpe lah gemukk pun, bukan aku menyusahkan sesiapa punn… tapiiii suatu hari Syira sedarrr, prinsip Syira itu salahh, satu kejadian yg membuatkan Syira sedar yg gemuk itu salahh, iyerr cukup salahhh…. Syira ada mengenali seorang Insan yg mempunyai berat badan berlebihan… ditakdirkan beliau meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung, mungkin itu takdir buatnya. Tapi yang membuatkan Syira sayu , hendak uruskan jenazah dirinyaa. Nak mandikan jenazah, nak kapankan jenazah. Perkara ini membuatkan Syira sedar yang gemuk itu menyusahkan, bukan hanya susahkan kita, tapi orang sekeliling kita juga. Selepas kejadian itu Syira betul betul bertekad untuk turunkan berat badan, bukan sekadar hendak kurus tapi untuk keselesaan dan kesihatan.
28 Mac 2017 Syira memulakan perjuangan Saya dengan berat badan 126 kg. Dan kini setelah setahun lebih Syira berjuang, berat badan sudah menjadi 66kg. Syukur Syira sudah lost sebanyak 60kg. Syira harap tips2 yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu insan di luar sana yang hendak menurunkan berat badan.
1. Sediakan mental yang kuat.
Hari first Syira melangkah dalam perjuangan ini, dah janji pada diri walau apa pun terjadi, kena teruskan jugak langkah seterusnya
2. Amalkan konsep 80% pemakanan 20% exercise.
Syira lebih tekankan bab makan, sebab bagi Syira pemakanan adalah kunci kejayaan untuk kurus. Percayalah, cabaran sebenar dalam journey kurus ini bukan senaman, tapi mengawal nafsu makan… jika kita berjaya mengawal nafsu makan, InsyaAllah kita akan mendapat hasil seperti mana yang kita inginkan.
3. Makan secara eat clean.
Dalam masakan, Syira elakkan letak, gula garam dan minyak. And say goodbye to fast food, junk food, air manis, and dessert????. InsyaAllah ada jodoh kita jumpa hari cheat day.
4. Minum air dulu sebelum makan.
Syira akan make sure minun secawan air dahulu sebelum sentuh apa apa meal.
5. Makan sedikit buah sebelum lunch and dinner.
Selepas minum air, Syira akan ambik sedikit buah and barulah makan for lunch and dinner.
6. Jangan biarkan diri berlapar.
Syira akan makan 5-6 kali sehari. Breakfast, snack, lunch, snack, dinner, supper. Jangan skip makan, sebab ia tidak membantu kita untuk kurus.
7. Amalkan gaya prmakanan zip zap.
Syira sentiasa pastikan sumber protein, and karbo Syira sentiasa berlainan.
8. Lakukan pelbagai jenis senaman.
Lakukan senaman yg berbeza . Contoh Syira banyak mengikuti kelas exercise yg berlainan seperti body combat, kelas step, kelas piloxing and jogging. Ini sangat membantu Syira utk elakkan rasa bosan
9. Amalkan puasa isnin dan khamis.
Selain mendapat pahala puasa sunat, puasa jugak bagus utk kesihatan dan mengajar kita mengawal nafsu makan.
10. Mencari keseronokan.
Journey kurus bukan jorney yang singkat, ia mengambil masa yg lama, jadi keseronokan itu perlu dicari supaya kita mampu untuk bertahan lama.