Download your e-Cert

Sila klik butang di bawah utk muat-turun e-Cert anda.

10KM RUN
RM65
Open To All
20 Okt 2018
Peserta JK11 - RM60
Public - RM65
Wetlands Putrajaya
1x Runners 3D Medal
1x Sublimation T-Shirt
Limit 900 Runners
Download eCert
5KM RUN
RM55
Open To All
20 Okt 2018
Peserta JK11 - RM50
Public - RM55
Wetlands Putrajaya
1x Runners 3D Medal
1x Sublimation T-Shirt
Limit 600 Runners
Download eCert

JOM KURUS RUN

Untuk sebarang pertanyaan, email jomkurusrun@gmail.com

Sublimation T-Shirt by Vomos

Hitam untuk larian 5km dan warna biru untuk larian jarak 10km.

3D Finisher Medal

Setiap pelari akan memiliki finisher medal Jom Kurus Run ini.

Location Map

Berikut adalah route larian 5KM dan 10M di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya

FAQ

Untuk sebarang pertanyaan yang lain, sila email kami di  jomkurusrun@gmail.com

Siapa yang boleh daftar untuk Jom Kurus Run 10km?

Terbuka kepada semua peserta dari Jom Kurus dan orang awam yang berumur 18 tahun ke atas. Bawah 18 perlu surat kebenaran dari ibu bapa.

Apa yang saya dapat bila daftar?

Anda akan dapat 1x Sublimation Jom Kurus Run T-Shirt, bib numbers, 1x Jom Kurus Run 3D medal, Ohlimpik team points dan online certificate.

Apa yang penting untuk di bawa semasa larian?

Wajib memakai bib numbers ketika larian, jika anda tertinggal bib numbers atau tidak memakai, anda tidak layak untuk menang ohlimpik points dan medal larian.

Ada Refunds?

Tidak ada refunds, jika berlaku apa-apa kecemasan atau perubahan akibat bencana alam atau hal-hal yang tidak dapat di elakkan, anda akan mendapat entitlement yang penuh, tetapi tiada refund

Boleh ke saya transfer pendaftaran saya kepada orang lain?

Boleh tapi anda tidak layak untuk menang hadiah dan points untuk ohlimpik

Bila kah acara untuk race pack collection?

Sabtu, 13 Oktober 2018. Di padang semarak taman wetland putrajaya. 11am – 4pm. Bawa slip pendaftaran dan salinan ic

Jika saya memenangi juara kategori dan points untuk ohlimpik, apa yang perlu saya buat?

Wajib memakai bib ketika larian dan anda perlu menunjukkan IC kepada crew pendaftaran untuk sahkan nama dan no bib adalah sama. Sila bawa IC anda di hari acara.

Jika saya ingin memesan kawan untuk ambil racepack collection?

Boleh tapi pastikan kawan anda membawa bukti salinan pendaftaran dari website mengatakan anda telah mendaftar.

Bagaimana dengan jika bawa anak naik stroller?

Laluan larian kali ini, 80% jalan trail, dan 20% road jadi kami TIDAKsarankan bawa stroller, jika nak bawa baby carrier boleh, sebab laluan flat dan tidak merbahaya.

Adakah saya perlu jadi seorang runner atau betul-betul fit untuk sertai?

Tidak , anda boleh sahaja berjalan kaki untuk menamatkan larian ini.

Adakah terdapat “cut-off time” untuk acara larian ini?

Ya. “Cut-off time” setiap katogeri adalah seperti dibawah:
10km – 10:45am 3 jam
5km – 10:00am 2 jam

Bagaimana jika saya mengalami kecederaan ketika berlari?

Kami akan sediakan medical crew di setiap checkpoints larian, sila dapatkan rawatan dengan mereka dan jika anda mengalami masalah yang serious sila beritahu kepada medical crew untuk hubungi ambulan.

Bolehkah saya membuat perubahan kepada butir-butir peribadi saya selepas selesai pendaftaran saya?

Tidak. Perubahan kepada butir-butir peribadi tidak dibenarkan selepas pendaftaran selesai.

Bolehkah saya menukar kategori acara larian saya selepas selesai pendaftaran saya?

Tidak. Perubahan kategori tidak dibenarkan selepas pendaftaran selesai.

Bolehkah saya menukar saiz pakaian saya selepas selesai pendaftaran?

Tidak, anda tidak dibenarkan untuk menukar size pakaian selepas pendaftaran selesai.

Pukul berapa acara larian akan bermula?

10km – 7.15 pagi
5km – 7.00 pagi

Di manakah stesen air?

Ada pada map larian. Kita ada stesen air setiap 3km.

Bilakah tarikh akhir pendaftaran?

3 Oktober 2018.

Adakah laluan larian ini rata atau berbukit?

Laluan Rata

Apakah kasut yang sesuai untuk acara larian ini?

Laluan ni 80% Trail dan 20% Road, tetapi trail bukanlah mencabar dan juga licin, Cuma permukaan tidak rata sahaja. Kasut jogging biasa pun boleh. Tidak perlu Kasut Trail.

Adakah terdapat kawasan daftar masuk bagasi di tempat permulaan?

Tiada

Apakah kategori yang sesuai bagi “newbies” dalam acara larian?

5km Fun Run.

Adakah saya masih boleh sertai larian jika tiba-tiba tidak sihat pada hari event tersebut?

Pastikan anda dapat nasihat doktor telebih dahulu.

Adakah saya dibenarkan untuk membawa beg ketika berlari?

Boleh, dibenarkan.

Adakah akan disediakan tandas di sepanjang routes?

Tanda Cuma ada di starting points, Tandas Awam pihak wetland , dan juga Tandas di Beberapa Kawasan Taman Wetland. Kami tidak menyediakan Tandas bergerak

Adakah kita perlu makan sebelum larian? Berapa jarak waktu makan sebelum bermula larian?

Ya. Anda di sarankan untuk mengambil sarapan sebelum memulakan larian. Boleh ambil sarapan sekurang-kurangnya 1-2jam sebelum acara larian.

Siapakah penganjur larian JKRUN10KM ini?

Penganjur larian ini adalah FATTOFIT ENTERPRISE di bawah pimpinan Firdaus dengan usahasama Cabaran Jom Kurus Kevin Zahri. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak penganjur di jomkurusrun@gmail.com.