Apakah keistimewaan cabaran Jom Kurus?

Ia bukan setakat program kurangkan berat badan. Ia program ia mana anda dapat EMPOWER diri, bina talian persahabatan dengan individu-individu yang mempunyai harapan, matlamat dan masalah yang sama. Jom sertai bersama ini untuk satu perjuangan yang pasti akan menjadi kenangan sepanjang hayat. Jom Kurus!

General

Bila kah musim baru akan bermula?

Musim baru Cabaran Jom Kurus, JK1M, JKSG dan JKBrunei akan bermula pada 18 Jan 2020 di lebih 200 kawasan.

Aktiviti hari-hari sepanjang 6 minggu?

Tidak. Biasanya aktiviti rasmi senaman adalah pada hari Sabtu atau Ahad tapi bergantung kepada kawasan masing-masing

Perlu ke ambil cuti 6 minggu ke?

Tidak. Cabaran berlangsung selama 6 minggu tapi aktiviti berkumpulan biasanya cuma pada hujung minggu sahaja. Anda tidak perlu berhenti kerja atau terkurung di lokasi khas.

Apa objektif cabaran Jom Kurus ini?

Untuk membimbing peserta tentang cara-cara melakar pelan diet dan senaman untuk kurangkan berat badan dalam 6 minggu

Adakah yang obes sahaja yang boleh join?

Tidak. Ia buka kepada semua tapi majoriti peserta terdiri dari yang mempunyai berat berlebihan dan baru nak mulakan program kurangkan berat badan.

Adakah ini program tajaan kerajaan?

Tidak. Program ini telah diasaskan oleh Kevin Zahri dan tidak mempunyai talian atau memperolehi tajaan dari mana-mana badan kerajaan.

Adakah anda dibimbing oleh Kevin Zahri sendiri?

Setiap kawasan ada team leader yang tersendiri tapi setiap peserta akan dapat bimbingan Kevin Zahri melalui seminar Jom Kurus percuma.

Adakah program Jom Kurus berasaskan produk?

Tidak. Program Jom Kurus berasaskan pendidikan tentang pemakanan yang sihat, digabungkan dengan pelbagai aktiviti fitness dan gaya hidup aktif.

Berapa KG boleh anda kurangkan dalam 6 minggu?

Pemenang-pemenang kawasan biasa kurangkan dalam 10kg. Manakala purata penurunan berat badan seorang peserta adalah 5kg untuk program 6 minggu.

Di mana program Jom Kurus dijalankan?

Program Jom Kurus berjalan serentak di lebih 200 kawasan seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei. Untuk senarai penuh, sila layari laman web negara pilihan anda.

Adakah program Jom Kurus menerima tawaran tajaan?

Yes. Walaupun program Jom Kurus tidak bergantung kepada tawaran tanjaan atau sponsorship, setiap musim kita bekerjasama dengan pelbagai syarikat untuk menjayakan suatu musim bersama.

Apakah contoh aktiviti yang dijalankan?

Setiap kawasan menjalankan program yang tersendiri tapi contoh aktiviti termasuk group training, sukan, senaman outdoor, bengkel pemakanan, Zumba dan lain-lain.

Boleh ke makan nasi dalam program Jom Kurus?

Tiada larangan pemakanan tertentu dalam program Jom Kurus tapi kita tekankan pendidikan untuk bantu anda membina pelan diet yang sesuai dengan lokasi dan objektif anda.

More Video tips

How To Join?

Bagaimana Nak Sertai Cabaran Jom Kurus Ini?

Untuk menyertai cabaran Jom Kurus, sila layari laman web rasmi Jom Kurus Malaysia, Singapore atau Brunei di sini untuk memilih kawasan yang berdekatan dan ikut langkah-langkah pendaftaran.

Perlu Bayaran Untuk Sertai Cabaran Jom Kurus?

Ya, ia adalah program berbayar dengan nilai lebih kurang RM300 di Malaysia untuk program 6 minggu, panduan ebook & video, T-Shirt dll.

Cara lakukan bayaran?

Bayaran untuk program Jom Kurus boleh dilakukan melalui website dengan potongan terus menggunakan sistem bayaran online atau boleh pilih untuk bayaran terus kepada Team Leader pilihan anda.

Boleh Tak Bayar Terus Kepada Admin Web?

Ya, bayaran boleh dibuat terus melalui web

Pilihan lain, anda boleh membuat bayaran terus kepada team leader pilihan anda.

Untuk info bank, sila terus berhubung dengan mereka.

Diskaun Untuk Bekas Peserta JK1M?

Bekas peserta layak terima diskaun 20% untuk sertai cabaran Jom Kurus. Anda boleh gunakan coupon code alumnijomkurus semasa checkout.

Early Bird Diskaun?

Promosi Early Bird akan dijalankan dari musim ke musim ikut pada keperluan and boleh berubah dari masa ke semasa.

Refund Polisi?

Refund untuk program JK1M bergantung kepada terma dan syarat & mesti diantara team leader dan peserta.

Sesuai untuk usia 50an?

Yes sesuai selagi anda mampu untuk mulakan program senaman. Malah anda yang berusia 60an pun join bersama.  Sekiranya was-was anda boleh dapatkan rujukan doktor terlebih dahulu.

Sesuai tak untuk kanak2?

Bergantung kepada program aturan team leader, banyak kawasan open kepada penyertaan kanak-kanak dan remaja. 

Diskaun untuk Umur 14 tahun ke bawah?

Diskaun 20% diberikan kepada peserta bawah 14 tahun yang ditemani boleh peserta dewasa berbayar. Remaja 14 tahun ke atas dianggap dewasa.

 

PERCUMA UNTUK SEMUA PESERTA:

Setiap peserta Cabaran Jom Kurus akan memperolehi: 1x T-Shirt dan panduan eBook & Video percuma. Please note: Gambar adalah sebagai rujukan sahaja.

Hadiah & Pemenang

Adakah hadiah diberikan dalam Cabaran Jom Kurus?

Yes. Terdapat pelbagai kategori pemenang-pemenang dalam Cabaran Jom Kurus termasuk kategori individu, keluarga, pertandingan sukan dan lain-lain.

Adakah Hadiah Bentuk Wang Tunai?

Bilangan dan jumlah pemberian hadiah bergantung kepada jumlah penyertaan Cabaran Jom Kurus, tajaan dan boleh berubah tanpa sebarang maklumbalas. 

Apakah Kriteria Pemilihan Pemenang?

Pemilihan pemenang kawasan dan secara am berdasarkan kepada % penurunan berat badan, fair play rule dan penyertaan sepanjang dalam 6 minggu.

Apakah Fair Play Rule?

Untuk layak menang, peserta wajib hadir paling kurang 4 sessi aktiviti bersama kawasan masing-masin dan berat permulaan tidak boleh melebihi 8% daripada berat hari penutup cabaran Jom Kurus yang terakhir.

Apakah Hadiah Pemenang Negara?

Jika ada, hadiah pemenang individu keseluruhan negara akan berpeluang menang hadiah wang tunai atau barangan tajaan. Tapi bergantung kepada musim dan negara pilihan.

Apakah Hadiah Pemenang Kawasan?

Hadiah pemenang kawasan bergantung kepada team leader dan jumlah penyertaan.

Pemenang bakal menerima hadiah dalam bentuk wang tunai atau hadiah yang sama nilai dengan wang tunai

Adakah Pemenang Kebangsaan Juga Layak Untuk Terima Wang / Hadiah Kawasan?

Yes. Pemenang-pemenang kebangsaan juga layak menerima wang tunai kawasan atau hadiah yang bernilai sama denganwang tunai kerana ia disumbangkan oleh team leader sendiri.

Adakah Pemenang Cabaran Keluarga atau Pasangan juga Layak Menang Cabaran Individu?

Tidak boleh. Untuk elak orang yang sama menang pelbagai kategori, mana2 pemenang pasangan, keluarga tidak boleh menang kategori individu.

Pertandingan Ohlimpik

Apakah Ohlimpik?

Ohlimpik adalah pertandingan sukan obesiti antara kawasan cabaran Jom Kurus. Kebanyakan pertandingan Ohlimpik hanya buka kepada peserta Jom Kurus BMI >25

Bila kah bermulanya Ohlimpik Jom Kurus?

Ohlimpik biasanya bermula pada minggu ke5 program dan berlangsung selama 3 minggu di kawasan Kuala Lumpur. 

Adakah kesemua kawasan adakan Ohlimpik?

Tidak tapi ia digalakkan untuk setiap kawasan anjurkan pertandingan sukan Ohlimpik dengan kawasan yang berdekatan.

Apakah contoh pertandingan Ohlimpik?

Contoh pertandingan adalah Dodgeball, Badminton, Netball, Handball, Amazing Race, Table Tennis dan lain-lain.

Adakah penyertaan Ohlimpik ini percuma?

Kalau pertandingan Ohlimpik dijalankan di luar aktiviti rasmi Jom Kurus, bayaran minima dikenakan (RM10-20 seorang) tapi untuk acara yang jalan selari dengan aktiviti rasmi, ia percuma.

Berapa kah yuran acara Ohlimpik?

Kalau ia melibatkan kos, yuran penyertaan peserta untuk 1x acara biasanya tidak melebhi RM30 per pax.

Bagaimana untuk rujuk jadual Ohlimpik?

Untuk kawasan Kuala Lumpur, anda boleh rujuk kepada laman rasmi Ohlimpik Jom Kurus

Adakah hadiah diberikan kepada pemenang Ohlimpik?

Yes. Untuk setiap acara, pasukan atau pemenang individu akan menerima hadiah (biasanya wang tunai)

Anda sertai Jom Kurus secara percuma?

Bagi sesiapa yang sertai Jom Kurus secara percuma (pemenang kawasan, contest etc), yuran RM20 sekali bayar dikenakan untuk penyertaan Ohlimpik.

Gabungan peserta kawasan Jom Kurus?

Peserta Ohlimpik hanya dibenarkan mewakili team yang berdaftar dan satu team lain sahaja. Peserta tidak dibenarkan mewakili lebih dari dua team dalam semua acara.

Sebagai contoh:
Ahmad dari team Rawang. Team Rawang tidak menghantar pasukan dalam acara volleyball dan Ahmad mewakili Shah Alam. Jadi bagi semua acara selepas itu Ahmad hanya boleh mewakili Rawang atau Shah Alam sahaja. Maklum.