Salam dan apa khabar semua,

Sekali lagi kita sudah sampai ke penghujung tahun. Makin pantas masa berlalu. Saya ingin ambil peluang ini untuk imbas kembali sepanjang 2018, menilai the pros & cons dan buka pintu kepada 2019 dan update anda tentang beberapa initiatif baru yang bakal mengambil perhatian saya sepanjang 2019.

2018 – A look back.

Jom Kurus 2018: Pada tahun ini kami berjaya beberapa milestone yang sangat hebat.

Kita berjaya menjayakan musim ke10 dan ke11 dan kini lebih #40,000 peserta telah ambil bahagian dalam Cabaran Jom Kurus sejak 2014. Wow satu pencapaian yang sangat hebat yang pasti tidak dapat dicapai tanpa sokongan barisan team leader, peserta dan semua pihak yang terlibat.

My favorite JK1M 2018 moment? Celebrating merdeka bersama peserta JK1M11 di Kelantan. Amazingly colorful and sangat memorable. Terima kasih for being so nice to me.

2 Malaysian Book of Records. Pada tahun ini, kita dapat dua pengiktirafan Malaysian book of Records: #1 Pertandingan Dodgeball Terbesar dan yang kedua: Program Kurangkan Berat Badan Terbesar Malaysia.

No matter what, these awards will remain. Unless they are broken. Now that is pretty cool!

Ohlimpik. Makin berkembang bukan setakat dengan pelbagai pertandingan baru, malah pertandingan Ohlimpik dah pun berkembang ke negeri-negeri di luar KL. Memang hebat tapi sudah tentu dengan cabaran-cabaran yang tersendiri, terutama untuk sukan ohlimpik Badminton yang dibanjiri cabaran sepanjang 2018.

Tapi, I personally LOVE challenges. Jadi 2019 akan beri peluang kepada semua, termasuk diri saya sendiri, untuk belajar dan maju bersama.

Jom Kurus Run. Buat kali pertama, kita menjayakan larian Jom Kurus untuk JK1M10 dan JK1M11. Ia satu pengalaman yang baru. Satu gamble yang sememangnya paid off.

Fiesta Jom Kurus. Berjaya menjadi pengganti kepada “seminar saya” yang terdahulu. Walaupun masa saya bersama peserta jadi lebih terhad, ia membolehkan barisan jurulatih dan team leaders untuk diketengahkan dan lebih menonjol.

JKSE. Buat kali pertama sejak 2013, saya menjadi team leader semula untuk a back-to-basics Jom Kurus Special Edition bersama 50 peserta. Superb 6 weeks. Berbanding program JK1M yang disertai ribuan peserta, ia was nice to get to know all 50 participants dengan lebih erat. Terima kasih JKSE 🙂

Jom EmpowerDiri Bootcamps. Utk 2018 kami memperkenalkan EmpowerDiri Bootcamps yang dibina untuk beginners memcuba traditional symbolic bootcamp exercises seperti battle ropes, monster tyre flips dan lain-lain. Verdict? Its a work in progress to be honest. The bootcamps memang fun tapi perancangan dan logistik lebih rumit dari yang disangka.

Tapi itulah the journey of business, the journey of life. Penuh dengan trial and error untuk mencari formula yang sesuai pada masa sekarang.

If you just stay in one place, you cannot make progress.

So what bout JK 2019?

Logo Baru. Sudah 5-6 tahun logo lama menyinari program JK1M, jadi pada 2019, kami akan memperkenalkan logo yang lebih fresh, lebih santai.

Back to basics. Untuk tahun 2019, kami berhasrat untuk simplify JK1M semula. Sudah tentu, dengan perkembangan JK1M tahun ke tahun, banyak komponen terlibat – kekadang dengan jayanya atau disebaliknya. Jadi musim ini, setiap muism makan panjang dengan preJK1M, Ohlimpik dan lain-lain. Jadi objektif JK pada 2019 adalah basic to basics dan kurangkan komplikasi dan komponen-komponen terlibat.

Jom Kurus Akademi. Ini adalah initiatif baru untuk menanamkan kemahiran perniagaan untuk fitness professionals, termasuk team leader Jom Kurus. Intake pertama adalah pada 25-27 Jan 2019 ini. Lebih info di cabaranjomkurus.com/akademi.

Year Round Jom Kurus. Dengan akademi Jom Kurus, graduan akan dapat memasarkan program Jom Kurus melalui cabaranjomkurus.com sepanjang tahun.

Ohlimpik akan berjalan seperti biasa tapi dengan percubaan adakan liga-liga sukan bermula minggu ke3 JK bagi sukan seperti Dodgeball, Badminton dan PingPong. Akan ada kemungkinan ia buka untuk alumni dan team leaders. Acara Singing Contest dan pertandingan bukan harcore sukan akan dibentangkan untuk Ohlimpik 2019.

Baru untuk 2019:

Obstable Run Jom Kurus berada dalam perancangan tapi bergantung kepada

Merchandizing adalah suatu yang sering ditanya dan akan terus di-explore untuk 2019.

Buku Jom Kurus akan dilancarkan pada awal Januari 2019 untuk pre-Order dan akan diedarkan sempena Cabaran Jom Kurus musim 12 Februari nanti.

Marketplace di CabaranJomKurus.com di mana para teamleaders boleh menjual merchandize dan barangan berkaitan Cabaran Jom Kurus.

Jom Aktif adalah initiatif dan passion diri saya sendiri untuk mengerakkan komuniti sukan dari alam sekolah sehingga golongan dewasa. Ia bukan project di bawah JK1M tapi akan sangkut-paut.

Obesiti Kanak-kanak: Ini masalah yang besar untuk kita sama2 tangani bersama. Untuk mengurangkan masalah berat badan Malaysia, perlu ada usaha untuk educate dan empower para pelajar dari alam sekolah lagi. Jadi projek “Jom Kurus Sekolah” adalah a public-service program untuk kita sama-sama bekerjasama untuk melakukan sesuai. Ia akan diumumkan pada Jan 2019 nanti.

Korporat Jom Kurus akan berjalan serentak dengan JK1M pada 2019 di mana syarikat yang terlibat sama akan dapat menyertai pertandingan Ohlimpik. Undangan juga akan dikirim kepada kedutaan-kedutaan untuk jemput mereka bersama. After all, sport unites!

Baik lah. Itu sahaja dari saya. Terima kasih sekali lagi kerana sering beri sokongan kepada program-program anjuran Jom Kurus. Semoga 2019 akan menjadi tahun yang bermakna untuk kita bersama.

Happy 2019.

Dengan ikhlas,
Kevin Zahri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *