Skip to main content

Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri bersama- sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia kini dalam perbincangan untuk mengkaji  kembali pendirian KPM terhadap pengelibatan rangkaian restoran makanan segera di dalam sistem pendidikan negara.

Ulas Kevin, pengelibatan rangkaian restoran makanan segera untuk mempromosikan makanan segera terutamanya di kalangan pelajar dan guru dibawah penjenamaan tanggungjawab  sosial korporat harus diambil serius dan perlu di banteras terutamanya dengan pengunaan logo KPM. 

Kempen CSR Makanan Ringan Dengan “Kerjasama KPM”?

Kempen kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat seperti kempen #terimakasihcikgu oleh McDonald’s baru-baru ini dengan “kerjasama” KPM mengelirukan para pelajar yang sememangya sedar akan keburukan makan segera tapi melihat sekolah, cikgu dan kementerian sendiri seolah-olah “menyokong” makanan segera.

Tambah pula, KPM mempunyai dasar bebas makanan segera di sekolah yang merumitkan lagi keadaan apabila kempen tanggungjawab sosial korporat dijalankan secara besar-besaran dengan “kerjasama” Kementerian Pendidikan Malaysia.

Petisyen: 40,000 Tandatangan Sudah Diterima

Kevin Zahri kini sedang melakukan petisyen secara di dalam talian untuk mengumpul sokongan untuk membanteras pengunaan logo KPM untuk mempromosikan rangkaian makanan sihat melalui laman sesawang change.org.

Hampir 40,000 orang telah menyatakan sokongan mereka melalui laman sesawang petisyen tersebut. 

Kevin Zahri menegaskan bahawa penyemak semula keputusan KPM untuk menyokong kempen-kempen yang boleh memberikan impak kurang sihat dan mengelirukan para pelajar perlu dilakukan secepatnya. 

Kadar Obesiti Kanak-Kanak Malaysia Membimbangkan.

Diulas oleh Kevin, pendidikan kesihatan haruslah holistik dan kreatif untuk membimbing para pelajar ke arah kehidupan yang sihat, sebelum mereka meningkat dewasa. “Kadar obesiti di Malaysia, terutamanya di kalangan pelajar amat membimbangkan. Kita perlu membela nasib pemimpin masa depan agar mereka tidak terpengaruh dengan agenda penjenamaan rangakaian restoran makanan segera yang menggunakan payung tanggungjawab sosial korporat.”

Jom Kurus Sekolah

Melalui inisiatif Jom Kurus Sekolah yang disokong penuh oleh KPM, Kevin berharap agar masalah obesiti di Malaysia dapat diatasi serta dapat meningkatkan semangat bersukan dikalangan pelajar melalui inisiatif Jom Aktif untuk mewujudkan 1,000 liga sukan sebelum tahun 2021. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Iffa di talian 0186643086. 

Leave a Reply