Skip to main content

Bagi mereka yang ingin teruskan sessi senaman semasa pandemic coronavirus Covid-19 ini, berikut tip keselamatan dan amalan Kevin Zahri

  1. Jika kurang sihat atau ada sebarang simptom jankitan coronavirus COVID-19, sila hindari dari menyertai mana-mana program, sessi atau tempat semanan yang melibatkan orang lain. Self-quarantine jika perlu dan dapatkan rawatan dan pemerikasaan doktor secepat mungkin.
  2. Anda sihat dan sertai group training? Pastikan anda jarakkan diri dengan rakan senaman yang lain.
  3. Semasa bersenam, elak apa-apa sentuhan dengan rakan senaman anda, termasuk lah partner workouts, body contact sports dll.
  4. Elak sentuhan muka sepanjang sessi senaman dan pakai facial mask jika sesuai.
  5. Jangan kongsi tuala dengan orang lain.
  6. Elak salam tangan atau high-five setelah sessi senaman selesai. Also elak selfies di mana kedudukan anda dengan rakan terlalu rapat.
  7. Online! Untuk program-program berkumpulan seperti Jom Kurus, sesuaikan keadaan dan alih aktiviti kepada online coaching, live video streaming, live chat, whatsApp video dan lain-lain.
  8. Elak mass workouts seperti larian, fiesta senaman, senam aerobik besar-besaran di mana sukar untuk anda mengawal keadaan.
  9. Jangan kongsi air minuman atau makanan dengan orang lain.
  10. Cuci tangan dan gunakan sanitizer terutamanya selepas selesai sessi senaman.

Leave a Reply