Skip to main content

Program JK1M Musim ke-9 kembali lagi bermula dari 9 September hingga 21 Oktober 2017. Bersempena dengan program JK1M9 ini, pihak Jom Kurus 1 Malaysia telah memulakan bahang pertandingan program JK1M9 dengan mengadakan perlawanan “Selebriti & Media Dodgeball” yang telah diadakan pada 26 Ogos 2017 di Sunway Extreme Park yang lalu. Sebanyak Lima belas pasukan menghadapi pertempuran sengit untuk memenangi gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1000, bersama-sama dengan produk yang ditaja Quaker. Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan Selebriti Scha Alyahya dan telah membawa RM1000.

Selebriti Tempatan Terkenal: Aishah Sinclair, Scha Al-Yahya, Raja Farah

“Pertandingan Dodgeball Selebriti & Media,” yang ditaja oleh Quaker Malaysia dan Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), melibatkan selebriti tempatan terkenal seperti Aishah Sinclair, Scha Al-Yahya, Bambang Soteto, Pelawak terkenal Ali dan Mamak dari kumpulan Puteh, Faiz dan Shah dari kumpulan Tapaw, Shalma Aina, Selebriti Hlive Nabil Mahir dan Haslinda Ali, Ammar Alfian, Narin, Raja Farah, Pembaca berita Astro Awani saudara Hakim, Aman Ra, Raja Shahiran, Sophia Anderson dan Pelakon Faraleyna Idris.

Bagi menambahkan kemeriahan perlawanan antara kumpulan, pemain dodgeball kebangsaan juga akan turut serta dan bersedia untuk memberi panduan dan menggalakkan persaingan semasa perlawanan persahabatan ini. Setiap pasukan juga akan disokong oleh jurulatih JK1M dan “Kisah Kejayaan JK1M” merupakan individu yang telah berjaya menurunkan berat badan sepanjang lapan musim yang lalu. Di samping itu, peminat selebriti yang terpilih sama ada oleh selebriti atau oleh pihak urusetia juga dijemput menerusi hebahan di laman sosial.

Ohlimpik: Sukan Obesiti Jom Kurus

Dodgeball merupakan acara sukan paling popular di kalangan peserta JK1M sejak musim pertama program ini, dan sukan ini merupakan sukan favourite. “Pertandingan Dodgeball Selebriti & Media” kali ini yang menggabungkan Jurulatih JK1M, selebriti dan media yang mengambil bahagian bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang aktif, sihat dan seimbang sekaligus menyahut seruan kerajaan #bangkitbersama sempena acara Sukan Sea di Negara ini. Selain itu, sepanjang program JK1M berlangsung, pelbagai acara lain akan turut dipertandingkan di dalam acara sukan yang dinamakan Ohlimpik JK1M yang merupakan sukan obesity Jom Kurus dimana para peserta dengan masalah obesity akan bersaing sesama mereka. Ini bukan sahaja memberi peluang kepada golongan ini untuk bersaing secara sihat, malah peserta dapat meneruskan kesinambungan kehidupan sihat untuk dijadikan amalan sepanjang hayat.

Quaker Malaysia

Quaker Malaysia adalah penaja utama acara ini, selaras dengan usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif di kalangan rakyat Malaysia. “Quaker sentiasa dikenali berkait rapat dengan kebaikan nutrisi dan faedah kesihatan. Kami percaya bahawa kerjasama ini menjadi satu platform yang hebat untuk menggalakkan kehidupan sihat dan melawan obesiti melalui pemakanan seimbang dan senaman, dan juga memberi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih proaktif tentang kesihatan mereka dan menunjukkan bahawa makanan yang sihat juga boleh menjadi mudah, lazat dan berkhasiat. Mulakan amalan pemakanan sihat dan berubah sedikit demi sedikit, kita boleh memulakan langkah positif untuk menjadi individu yang lebih sihat, untuk diri sendiri dan orang tersayang. Di samping Quaker Malaysia dan Malaysian Association of Dodgeball (MAD), terdapat juga penaja-penaja lain yang turut menjayakan program ini seperti Yakult, Suunto, FITscarf & FIT Malaysia.

Beberapa Gambar

Untuk kesemua 300 gambar dari pertandingan dodgeball ini, sila layari Album Flickr.

One Comment

Leave a Reply