SEJARAH DAN FAKTA
Bermula dari musim JK5 (2015) hingga ke musim JK13 (2019), saya telah berjaya membantu lebih dari 200 peserta wanita dalam mengejar misi dan target masing-masing. Saya akan memastikan bahawa saya akan cukup bersedia dari segi emosi,fizikal dan pelan aktiviti sebelum latihan dimulakan setiap hari Jumaat dan Sabtu pagi. Saya percaya dengan kepelbagaian dan kekreatifan dalam jenis senaman dapat mengelakkan dari peserta merasa bosan dengan senaman yang sama serta menggalakkan lagi mereka untuk datang ke latihan. Anda percaya atau tidak ada satu fakta sains, apabila kita bersukan atau bersenam, terdapat satu jenis hormon iaitu endorfin akan dilepaskan dari tubuh kita dan akan melahirkan
perasaan gembira dan seronok
mengurangkan stress
melambatkan proses penuaaan
JADI SAYA PERCAYA FAKTA INI ADALAH RAHSIA KEJAYAAN PESERTA SAYA MENURUNKAN BERAT BADAN SETIAP MUSIM!
PERANCANGAN KAWASAN KOTA BHARU LADIES
Untuk musim JK14 ini, saya akan menyiapkan pelan latihan dan diet seimbang selama 7 minggu serta aktiviti yang menarik dan berlainan pada setiap minggu,antara aktiviti yang istimewa adalah BEACH BOOTCAMP, AQUA TRAINING, HIKING dan nantikan aktiviti yang paling istimewa untuk musim JK14 ini. Apabila dibawah pantauan saya semestinya tiada supplement tambahan dan hanya secara semulajadi sahaja. Untuk musim ini latihan akan dibuat di court futsal tertutup berdekatan dengan Pasir Hor iaitu De’ Orbit Futsal. Masa latihan bersama Team Queenfitness adalah jam 7.00 – 9.00 pagi. Jadual untuk JK14 ini sudah pun siap dirangka dan hanya tinggal untuk di realisasikan sahaja. ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA? Berdasarkan pengalaman saya selama mengendalikan program ini, peserta berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 4kg hingga 12kg bergantung kepada disiplin dan komitmen peserta di dalam program ini.
TESTIMONI
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan saya dalam bidang ini, saya telah membantu seorang peserta mengurangkan berat sebanyak 64kg dari 126kg dan kini beliau telah mencapai berat badan yang ideal iaitu 62kg. Berkat kesabaran dan ketabahan beliau menjalani latihan dan diet yang seimbang bersama Team Queenfitness, akhirnya impian beliau menjadi kenyataan. Selain itu, yang lebih menggembirakan lagi, rezeki beberapa peserta yang berjaya hamil lagi setelah 8 tahun menunggu kehadiran cahaya mata selepas berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 8kg hingga 12kg. Peningkatan dalam stamina para peserta juga harus saya kongsikan bersama, ada peserta yang berjaya menghabiskan larian dengan jarak 21km buat kali pertama, 12km, dan pelbagai jarak lagi. Jika sebelum ini takut atau tidak berminat dengan menyertai larian atau aktiviti sukan lain, tetapi sekarang sudah bertukar 180′ dengan berubah ke arah kehidupan lebih sihat dan aktif bersama kawan-kawan yang lain.
JOM JOIN TEAM SAYA QUEENFITNESS
FOLLOW INSTAGRAM @team_queenfitness LIKE PAGE FACEBOOK Queenfitness FACEBOOK Noora Shikin
Reviews
There are no reviews yet.